Search This Blog

Monday, 13 April 2020

Sedap ke KETUPAT/ NASI IMPIT PERIUK KERA?

Pernah tengok tak cerita Upin Ipin yang episod makan ketupat/nasi impit periuk kera? Bila tengok episod tu dulu-dulu, terdetik lah dalam hati 'apa rasa ketupat periuk kera ni' sebab tak pernah rasa kan sehingga bertekad untuk nak cuba one day. Oh by the way, ketupat periuk kera dalam cerita Upin Ipin tu nampak menarik dan terliur dengan elemen lemak santan dan kukus tu.

Menariknya, setelah sekian lama, ternampak iklan mengenai ketupat periuk kera ni. So why not cuba kan?

Korang boleh google/cari dekat Instagram "WARISAN PERIUK KERA". Btw ni bukan post review berbayar ye. So, saya tengok menu apa yang ada and place order. Salah satu pick up point adalah di Giant Seksyen 13 Shah Alam.



Inilah yang saya order. Periuk kera 1 kg (RM45), pulut kuning 1 kg (RM27), sambal daging hitam 1 kg (RM65), rendang ayam kunyit 1 kg (RM45) dan rendang daging 1 kg (RM65). So, total RM247. Btw, sambal daging hitam, rendang ayam kunyit dan rendang daging ni ada 2 ke 3 paket bagi setiap jenis. Tapi yang saya tunjukkan ini adalah sebanyak 1 paket. Extra paket tu frozenkan and boleh reheat in future.  

Dari segi rasa, not bad. Tapi yang paling saya suka adalah rendang ayam kunyit (personal preference ye). Sebab saya kurang bab makan rendang-rendang daging ni, tapi saya prefer daging for dishes

Ketupat periuk kera tu of course nampak unik, jarang dimakan. Tapi bukanlah sesuatu yang pelik pun. Rasanya lebih kurang macam makan ketupat biasa. Kulit periuk kera itself, sila buang ye. Jangan dimakan pula. Sama macam ketupat biasa tu, kita amik nasi then daun kita buang.

Saranan saya please try makan ketupat periuk kera. At least ada pengalaman and pernah dicuba once in life. Boleh bayangkan bagaimana rasa dia.  




Short Staycation di The Banjaran Hotspring Retreats Ipoh I Garden Villa Staycation (PART 3)

Fitness centre . Masa saya pergi tak ada orang pun dan kawasan keliling fitness centre ni agak sunyi Yoga pavilion . Bersebelahan dengan ka...