Search This Blog

Sunday 12 April 2020

Resepi SPICY TOPOKKI / RICE CAKE yang simple


Tetiba teringin nak makan spicy topokki. Walaupun tak dapat nak hasilkan topokki yang sama rasanya macam topokki dekat Myeongdong Topokki, at least dapat makan 'all out'. Bahan-bahan yang diperlukan agak mahal sedikit, tapi sebenarnya lebih berbaloi sebab boleh makan seisi keluarga (dapat hasilkan portion yang banyak). 

Bahan-bahan yang diperlukan (boleh didapati di Village Grocer/Aeon/Jaya Grocer):
  • Air
  • Seaweed kering (asli, bukan yang snek punya)
  • Ikan bilis
  • Topokki/rice cake (brand Jongga) - stick type
  • Fishball dan fishcake
  • Bawang besar
  • Gochujang - hot pepper paste
  • Brown sugar
  • Minyak bijan
  • Chili flakes
  • Sotong/webfoot baby octopus
  • Leek 
  • Daun bawang/Daun kucai
  • Garam
  • Serbuk bawang putih/bawang putih  
  • Serbuk cayenne (optional)
  • Bijan

Ikan bilis dan rumpai laut
Gochujang - hot pepper paste

Chili flakes
Bawang, leek, kucai (better untuk guna daun bawang. Tapi sebab saya tak ada daun bawang masa masak tu, so saya guna je apa yang ada)
Rice cake (boleh pilih apa-apa jenama yang halal ye). Tapi jenama Jongga ni macam lembut cepat sikit compare to satu jenama rice cake yang lain 

Fish cake and fish ball - potong kecil-kecil supaya nampak banyak
Webfoot baby octopus. Ni saya beli dekat bahagian frozen. Best sebab teksturnya lebih liat tapi boleh je guna sotong biasa. Nak tambah udang pun boleh, ikut mana yang suka.
JOM KITA MEMASAK!

Letakkan air secukupnya dalam kuali. Letakkan seaweed dan ikan bilis sebagai perasa asli (sebab nak buat broth). Biarkan ia mendidih selama 15-20 minit. 
Lepas tu, boleh keluarkan seaweed. Keluarkan setakat mana yang boleh. Kalau ada sikit-sikit, takpe.
Warna broth akan jadi macam ni after angkat seaweed tu. Boleh tengok still ada sikit-sikit seaweed dalam kuali.
Letakkan topokki/rice cake tadi ye
Masukkan fish cake dan fish ball
Masukkan bawang besar yang telah dipotong secara wedges.
So, sekarang kita akan buat sos. Saya buat dalam bekas ni terus sebab tinggal sedikit. Boleh agak-agaklah berapa sudu. Kalau tak confident, guna 2-3 sudu membumbung dulu. Nanti kalau tak cukup, boleh tambah kemudian. Campurkan brown sugar.
Letakkan minyak bijan. Orang korea memang suka tambah minyak bijan. Nak bau bijan tu naik.
Masukkan chili flakes untuk rasa pedas. Saya guna chili flake mini packet Dominos je. Mana yang ada. Tapi chili flake ni penting jugak untuk tambah
Gaul rata-rata
Masukkan sos yang telah dicampurkan tadi ke dalam kuali.
Masukkan webfoot baby octopus. Bila letak, terus sotong mengeras. So, jangan masak lama-lama sangat sotong, sebab taknak dia liat sangat
Masukkan leek dan kucai/spring onion. Letakkan sedikit serbuk bawang putih/bawang putih segar, garam, serbuk cayenne.
Biarkan ia mendidih sampai sedikit pekat.
Bila dah pekat, boleh taburkan sedikit bijan kalau suka. Siap untuk dihidang. Spicy topokki ni lebih cair sedikit (kuah macam yong taufu) sebab tak cukup sos gochujang. Yang ni kurang pedas dan tidak pekat
Selamat mencuba
Btw, ni saya buat sebelum tu. Yang ni lebih pekat, lebih pedas sebab guna lebih banyak sos gochujang. Dan ini tanpa bijan. Bila saya masak ni, takde spesifik kuantiti bahan berapa banyak. Saya main agak je. Cumanya kalau nak pekat, lebihkan sos gochujang tu ye.Ikut citarasa masing-masing. Boleh rebuskan telur untuk makan bersama spicy topokki - confirm lebih sedap.
Selamat mencuba ye! Mudah je sebenarnya cuma ada bahan-bahan yang jarang digunakan dalam masakan melayu seperti rice cake, gochujang, seaweed, webfoot octopus dan leek. Lebih berbaloi sebab boleh masakkan untuk seisi keluarga. Boleh sesuaikan dengan bajet anda sebenarnya. 

Btw, ni cara saya ye. Mungkin orang lain ada cara masakan yang lain dan mungkin ada bahan yang saya guna tapi orang lain guna dan juga sebaliknya. Sebab memasak ni juga dikira sebagai satu kesenian. Enjoy and please comment if you had tried this recipes!

Short Staycation di The Banjaran Hotspring Retreats Ipoh I Garden Villa Staycation (PART 3)

Fitness centre . Masa saya pergi tak ada orang pun dan kawasan keliling fitness centre ni agak sunyi Yoga pavilion . Bersebelahan dengan ka...