Search This Blog

Sunday, 24 March 2019

Best ke bercuti di Pangkor Laut Resort (PLR), Lumut Perak Part 3 (Review Garden Villa and Emerald Bay)

Di PLR, terdapat bilik jenis Garden Villa, Hilla Villa, Beach Villa, Sea Villa, Spa Villa, Suria and Purnama Suite dan Pavarotti Suite. Saya pilih Garden Villa. Garden Villa adalah sejenis bilik yang mempunyai rate yang paling rendah berbanding jenis bilik yang lain. Anda boleh check latest rate and promotion di web-web Trivago, Agoda dan PLR. Walaupun harganya paling rendah, sudah cukup membuatkan anda bersyukur dan terpegun. Memang sangat berpuas hati sebab bilik sangat luas dan mempunyai ciri-ciri tradisional tetapi tampak eksklusif. Paling penting, landskap di kawasan luar bilik sangat cantik dan menenangkan kerana dikelilingi oleh pokok-pokok hijau, bunyi burung yang berkicauan dan cengkerik. Susah nak gambarkan dengan kata-kata.      

Pangkor Laut Resort by YTL

Katil yang selesa dengan pencahayaan yang tidak terlalu terang namun mencukupi. Lengkap dengan sofa, tv, meja dan kerusi untuk membuat kerja, dua wardrobe, fridge dan coffee maker.

Pangkor Laut Resort

Selain daripada toilet dan shower, terdapat juga tempat berendam yang agak besar di dalam bilik dan mempunyai 2 sinki yang berasingan seperti di Hibiscus Lexis. Namun, di bahagian atas tidak tertutup. So, make sure berpakaian sopan. Bila malam memang sangat cantik dan tenang sambil menikmati pemandangan di atas (you will see tree, star and clouds). Rasa syukur tidak terhingga.

Garden Villa Pangkor Laut Reosrt
  
1 unit rumah terdapat  4 unit bilik jenis Garden Villa. Tapi ruang dalam bilik memang luas. Menariknya, Garden Villa ada menyediakan pintu sambungan ke bilik sebelah. 

Garden Villa- view of Feast Village

Ada beranda di bahagian luar untuk berehat, sambil menikmati pemandangan. Namun, bilik saya terletak betul-betul menghadap Feast Village. Jadi agak tidak sesuai untuk baring-baring lepak di luar terutamanya apabila waktu makan utama. 

Selepas berehat sebentar, kami ke Emerald Bay menaiki van shuttle. Kawasan menunggu van shuttle yang terdekat terletak di kawasan berhampiran lobi. Perjalanan tidak jauh dan lama sebenarnya namun jalan agak berbukit, berliku dan agak sempit. 

Sewaktu tiba di sana, ramai foreigner sedang berjemur dan segelintirnya berenang di lautan walaupun panas terik. Nasib baik ada kerusi kosong untuk duduk cumanya di bahagian agak tepi. Namun di situ, lebih tenang dan privasi sebenarnya kerana tidak ramai orang. Btw, ada kaunter untuk minta minuman dan tuala. Warna air cantik tapi di bahagian tengah lautan agak kotor kerana banyak sampah. Kalau lagi bersih, nampak lebih cantik dan seronok mata memandang.     

Pangkor Laut Resort PLR

Pangkor Laut Resort

Video youtube: https://www.youtube.com/watch?v=amI9MBskEa0

Short Staycation di The Banjaran Hotspring Retreats Ipoh I Garden Villa Staycation (PART 3)

Fitness centre . Masa saya pergi tak ada orang pun dan kawasan keliling fitness centre ni agak sunyi Yoga pavilion . Bersebelahan dengan ka...