Sebaik sahaja tiba di jeti PLR, staf PLR akan menanti dan menyambut pengunjung untuk ke lobi.
Menariknya, staf PLR turut menghulurkan aiskrim Malaysia (yang siap diguntingkan plastik part atas) dan tuala basah kerana cuaca yang panas terik. Ini sedikit sebanyak dapat menyejukkan dan menyegarkan. Aiskrim tersebut agak masam kerana mungkin menggunakan perahan buah oren sahaja dan tidak mengandungi gula.
Staf PLR akan menerangkan tentang peta, jadual masa makan, jadual dan kawasan van shuttle serta aktiviti yang boleh dilakukan di PLR. Di PLR, mudah untuk menggunakan van shuttle untuk bergerak ke sesuatu tempat kerana lokasi yang agak jauh dan berbukit. Hanya perlu menunggu di kawasan tertentu yang dinyatakan dalam peta. Untuk makluman, saya mengambil pakej residen yang lengkap dengan perkhidmatan pergi balik speed boat dan makan 3 x sehari iaitu sarapan, makan tengahari dan makan malam. Pakej ini sangat menjimatkan kerana harga makanan di sini agak mahal. Tidak berbaloi untuk anda tidak mengambil pakej ini kerana tiada pilihan makanan lain jika lapar. Lagipun, pakej ini membolehkan anda merasa bagaimana makanan di restoran-restoran berlainan sebagai satu pengalaman. Untuk sarapan hanya di Feast Village, makan tengahari pula terdapat 2 pilihan iaitu di Chapman's Bar di Emerald Bay atau di Royal Beach Club manakala bagi makanan malam pula, di Uncle Lim's Kitchen atau di Feast Village.
Memandangkan check in bilik pada pukul 3.00 petang, saya ke Royal Beach Club terlebih dahulu untuk makan tengahari. Di sini, 1 main meal dan 1 dessert boleh dipilih. Plain water, coffee and tea are included (free) and refillable.
Antara menu-menu yang boleh dipilih. Pilih 1 main meal daripada bahagian mains atau pizzas atau wraps and burger. Dan pilih 1 dessert daripada bahagian desserts.
BBQ Prawn (RM70). Lima ekor udang saiz sederhana dan dihidangkan dengan jelatah (vege preserve with vinegar). Terkejut sebenarnya masa makanan ni sampai. Dia macam tu je ke hahahaha agak kecewa. Jelatah agak masam dan tajam. Btw, takde nasi ye.
Pangkor beef burger (RM60). Beef patty yang agak tebal dihidangkan bersama kentang goreng yang terlebih masin sedikit. Dihidangkan dengan sos dan fermented cucumber.
Beef brisket (RM70). Kuewtiau goreng dengan daging stew. Taste pretty good. Daging agak lembut.
Caramel brownie sundae (RM45). Tekstur brownie yang agak chewy which is very recommended. Dimakan bersama aiskrim coklat yang sedikit pahit, kacang rangup dan sos karamel memang sedap. Cumanya, presentation dessert ini dengan menggunakan mangkuk ABC agak tidak sesuai. Maybe boleh diimprovekan lagi.
Honeycomb cake (RM45). Kek gula hangus dihidangkan bersama aiskrim dan poached pineapple. Rasanya okay - not too sweet which is a good thing.
Royal beach carrot cake (RM35). Delicious. Kek tidak terlalu kering and quite creamy from the cream cheese frosting. Part paling best, presentation kek cantik dan nampak profesional.
A makan RM70 + RM45=RM115,
B pula makan RM60 + RM35=RM90
Total makan bagi 3 orang di Royal Beach Club adalah RM310. Ini tidak termasuk air lagi. Air yang diminum adalah 5 glass plain water, 1 glass ice mocha, 2 glass ice cappucino, 1 cup earl grey tea and 2 cup of chamomile tea. Lupa pulak nak ambil gambar menu dan harga minuman. Bayangkan kalau tak ambil pakej residen. Terkejut nak bayar. Belum lagi nak bayar untuk sarapan dan makan malam nanti. Dalam 2.30 petang, bilik dah ready untuk check in. Pergi ke lobi dan staf mengiringi ke bilik.
Video youtube: https://www.youtube.com/watch?v=amI9MBskEa0