Search This Blog

Monday, 17 February 2020

Sheraton Petaling Jaya (Executive Club Suite) Part 1

Weekend staycation bersama family di Sheraton Petaling Jaya (Sheraton PJ). Sheraton PJ merupakan hotel berkelas 5 bintang tetapi menariknya harga bilik di Sheraton PJ ni agak affordable dan tidak semahal bilik hotel 5 bintang yang lain. Mungkin disebabkan lokasinya yang tidak terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. 

So, saya book Executive Club Suite (king bed) for 2 days 1 night. Check in 3 orang which cost me RM750++. Check in adalah pada pukul 3 petang dan check out asal adalah pukul 12 tengahari. Tetapi saya request for late check out at 4pm. Basically, Executive Club Suite ni ada access to Club Lounge

Jom tengok apa yang best dekat Sheraton PJ ni!

Living room. Living room dengan katil dipisahkan dengan dinding so lebih privasi.

Living room ni ada sofa dan coffee table.

Frame ni ada di living room. Ada gambar-gambar seni melukis batik yang memperkenalkan budaya tradisional Melayu.
Ini adalah working space. Selesa dan agak privasi sebab terletak di living room.

Details of working table. Ada food and drinks menu.

Ada juga gambar melukis batik di area work space

Kad access. Simple look tapi nampak exclusive.



Small pantry. Very basic. Dilmah tea and Old town coffee. Ada free water bottle. Ada mini refrigerator tapi masa tu kosong sebab service down. Tapi kalau nak, boleh call je. With EXTRA FEE ye. But no coffee maker machine. Tapi tak kisah sangat sebab harga bilik consider affordable..

King bed. Very spacious space.

Ada space lagi sebalik langsir/tiang. Comes together with tv. Dekat living room pun ada tv.
Tv remote, menu tv program and jam di atas meja lampu.

Pemandangan di sekitar Petaling Jaya. Btw, bilik ni provide skyline view ye. Windows floor to ceiling.

Bathtub. Soaking with view.

Marble bathroom with two vanities. Ada juga lighted make up mirror. Very convenient untuk make up

Face towel and amenities. 

Amenities di sebelah bathtub. Ada tv. Boleh berendam dalam bathtub sambil tengok tv atau pemandangan di luar.

Amenities di area vanities.

Shower. Ada amenities juga (shower gel, shampoo, scrub). Bathtub dengan shower separated.

Ruangan menunggu lif. Nak ke Club Lounge for Evening Cocktail. Club Lounge di Tingkat 31. Btw, saya duduk di Tingkat 28. So, agak tinggi jugak bilik tu. Evening cocktail 6 petang sehingga 8 malam. Tapi access to Lounge 6.30 pagi sehingga 11.30 malam for all day coffee, tea and juices.

Bestnya Club Lounge Sheraton PJ ni tak crowded. Boleh consider lounge ni agak kosong. Even peak hour pun tak busy sangat. Hilton KL memang full house masa peak hour. If you lucky, cepat lah dapat seat masa peak hour. Sebab Hilton KL ni adalah 5 star hotel yang memang attraction for bisnes2 people.   

Window ceiling to floor. Memang nampak eksklusif

Extensive seats di Club Lounge Sheraton PJ. Walaupun jauh sikit daripada buffet makanan, but still on point juga seat ni sebab lebih privasi. Sesuai untuk you relaks. But still, you can eat here

Seat di bahagian depan.

Seat di bahagian depan juga. Memang banyak seat.

Seat di bahagian belakang. Iaitu di tempat yang saya duduk.
Seat belakang memang kosong. Macam your own space gitu.

Details exclusivity Lounge di Sheraton PJ. Tona warna tu memainkan peranan

Antara menu makanan yang ada untuk evening cocktails. Chicken wing, crabstick, turmeric rice and mussels.

Sotong dish. Saya tak ingat masak apa. Sotong pun cantik sebab dibelah2 

Terung dish. Rasa kari.

Mushroom dish. Curious sebenarnya nak makan mushroom besar-besar macam ni. Tapi not bad, rasa boleh diterima sebab ada rasa meaty-meaty.

Condiments for popia.
Kuih talam as dessert

Kuih lapis, kuih ketayap, kek lapis prune, kek gulung pandan dan sagu gula melaka bersama santan.


Pilihan evening cocktails
Pilihan evening cocktails

Pilihan dessert semasa evening cocktails. Sebenarnya saya tak berapa minat sangat kuih-kuih melayu. I hope for cakes and pastry

Having evening cocktails with juices and coffee. Carbonated drinks and plain water pun ada.

Having evening cocktail with view.

Lepas tu balik bilik and rest. Memang selesa. Dah malas nak jalan-jalan dalam hotel. Walaupun saya pasti pemandangan swimming pool dan PJ cantik masa malam. But decided to stay at room and will going to swimming pool tomorrow. Spend time to soak in bathtub, smelling Body and Bath relaxing soap, and enjoying spa background music.
Dah lewat malam, saja nak cuba in room service. Sebenarnya tak lapar pun. Just nak tahu how good is the food here. Spaghetti bolognese made of tomato meat sauce, parsley and parmesan cheese.

If I'm not mistaken, this is Seafood Fried Rice. Ada udang besar. Maybe seekor dua je kot
Spaghetti Frutti di Mare. Nama agak unik ye. Made of seafood, love oil, garlic, chili flakes and parsley. Ada mussels, prawn and squid. 

Staf hotel akan bawak trolley. And akan letak trolley di area living room. Then barulah staf hotel akan ambil makanan dari dalam storage box pada troli dan letakkan di atas meja troli tu. So kiranya gambar di atas menunjukkan makanan ada atas trolley bergerak tu walaupun ada coffee table. And free plain water.
Rasa makanan in room service ni biasa-biasa je. Boleh diterima tapi tak terlalu istimewa. Antara ketiga-tiga makanan tu, saya prefer lagi Spaghetti Frutti di Mare.

Short Staycation di The Banjaran Hotspring Retreats Ipoh I Garden Villa Staycation (PART 3)

Fitness centre . Masa saya pergi tak ada orang pun dan kawasan keliling fitness centre ni agak sunyi Yoga pavilion . Bersebelahan dengan ka...