Post kali ini adalah mengenai pusat karaoke. Karaoke boleh dijadikan sebagai salah satu aktiviti bersama keluarga. Tapi pada saya, environment karaoke sangat memainkan peranan. Basically saya prefer untuk pergi ke pusat karaoke yang ramai orang tapi more to family (family friendly) and kawasannya yang cerah (open).
Karaoke Manekineko di I City Central boleh dikategorikan sebagai pusat kararoke yang memenuhi apa yang saya prefer which is family friendly. Saya rasa pusat karaoke ni diinspirasikan/hak milik oleh orang Jepun. Sebab design tema kartun, menu makanan, nama pusat karaoke itself adalah bertemakan Jepun.
Biasanya saya just walk in. Takde masalah sebab banyak bilik kan.
|
Nama pusat karaoke. Boleh tengok designnya yang comel |
|
Rate harga. Ini bukan yang latest. Rasanya dah naik harga sekarang. Gambar atas ni rate RM20++ untuk weekend tapi sekarang rate RM23++. Ini rate untuk festive hour ye. Normal hour dah harga lain. Kalau tak silap, festive hour dari pukul 11 pagi hingga 6 petang. |
|
Boleh sewa costume. Tak pasti free atau kena bayar |
|
Kawasan yang mempunyai pencahayaan yang cerah dan cantik dengan design-design cute |
|
Dalam resit, ada no bilik karaoke anda |
|
Dalam bilik karaoke. Cerah, cute dan sangat selesa. |
|
Nampak family friendly sebab design cute, kerusi dan dinding berwarna warni |
|
Skrin television and skrin pilih lagu |
|
Ada dua speaker dalam bilik karaoke. |
|
Refillable drinks and keropok. Ada air berkarbonat, air panas (kopi, milo) and sejuk (milo, fruit drink). Included dalam pakej karaoke. Ada juga menu makanan Jepun yang lain. Tu kena bayar extra ye. |
|
Kopok yang berbeza-beza pada hari yang berbeza.Ada sekali tu dapat keropok udang dan ada satu hari tu dapat keropok ayam |
|
Setiap bilik, ada 2 karaoke dan alat musik (?) dan tisu. Kalau habis bateri, boleh call staf menggunakan telefon yang disediakan dengan menekan 0. |
Pusat karaoke ni sesuai untuk family. Kalau ramai, dapat bilik yang lagi besar. Dekat sini pun ada disediakan bilik karaoke yang dilengkapi dengan ruangan mini playground. Mak bapak boleh karaoke sementara tu anak-anak pun boleh bermain.