Search This Blog

Sunday, 8 December 2019

Studio House di Evo Mall Bangi

Bangi memang kawasan yang happening. Banyak kedai-kedai/butik-butik artis atau selebriti popular dekat situ. Kawasan Bangi memang hotspot lah kiranya. Di Bangi pun ada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Haritu saya book for 3 days 2 nights dekat studio house di Evo Soho Mall, Bangi melalui Airbnb. Dekat Airbnb ada macam-macam jenis studio house yang berbeza tuan rumah/host. Buatlah pilihan terbaik dengan bandingkan harga dan fasiliti yang ditawarkan. Host studio house yang saya sewa adalah Aimi iaitu Evo Mall Bangi Sky View Free Wifi + Netflix + Iflix. Saya sangat berpuas hati. Mungkin harga dia agak mahal sikit berbanding host yang lain tapi kemudahan sangat lengkap. Bestnya, wifi laju memang seronok lah guna internet .

Rumah ni suits for 2 person. If nak tambah, ada charge yang kena ditambah sikit for cleaning and bed kot. Tapi I get the additional 1 person for free sebab sistem Airbnb problem. But I communicate with Aimi and honest with her that we will bring 3 person and ask how to settle it. Tapi Aimi give it free. So, Aimi tambah bed and towel for free. Thank you Aimi for your kind gesture.
Ada sofa yang selesa untuk duduk-duduk. Nak baring pun boleh. Ada bantal-bantal kecil. Takde isu tak cukup bantal pun. Ada coffee table sekali ye.
Lengkap dengan alatan memasak. You alls boleh tengok sendiri dan bandingkan. Ada rice cooker, pan nak masak stimbot/soup ke kan, ada oven. Ada additional small chair. Boleh je nak masak tapi saya takde lah masak nasi atau bake guna oven. But you can use if you want.  
Walaupun mungkin nampak kecik, tapi studio ni best je. Memang lah tak boleh nak lari-lari. Tak penat pun nak gerak dari katil ke dapur. Tapi sometimes kena cuba rasa macam mana duduk umah studio sebagai pengalaman. Sekali sekala seronoklah juga. Studio house di Evo Soho ni basically same size je semua. Kalau tengok host yang lain pun, saiz umah dan susunan katil/dapur lebih kurang sama spot je. Ada host yang tak provide any dapur space.
Sinki. Lengkap dengan sabun pencuci pinggan dan span. Takpayah bawak dari umah. Memang memudahkan

Ada water dispenser. Unlimited hot and cool water. Takyah susah2 nak masak air. Takyah susah2 nak masukkan air dalam peti sejuk. Ada cawan. Ada pisau. Ada minyak, garam and lada hitam sekali. Rasa terharu dengan servis layanan Aimi. Bila Aimi tak kedekut, client pun rasa seronok and gembira.
Ada microwave sekali. Mana nak dapat rumah studio yang ada macam-macam kemudahan ni. Rasa dah macam duduk umah sendiri.
Ada macam-macam saiz dan jenis pinggan, mangkuk dan cawan. Yang jenis plastik untuk budak-budak pun ada. Setiap jenis tu pulak ada beberapa pcs.
Ada senduk, penyepit, pisau, sudu, garfu. Nak feeling-feeling minum air teh/kopi guna teko cantik pun boleh sebab cawan pun cute. Ada pan sekali ye. Nak menggoreng boleh, nak masak sup/maggi pun boleh. Tisu dapur dan plastik sampah pun ada so memang terbaik lah.

Tandas dan bilik mandi. Simple tapi ada sabun jugak disediakan.
Ada tv, ada wardrobe, ada iron. Semua lengkap lah senang citer.

Ni adalah balkoni. Ada tempat sidai baju di luar. Btw, takde washing machine ye. Mungkin tu jelah satu kekurangan. Tapi saya okay je sebab tak duduk lama. Washing machine bukanlah satu keperluan untuk saya masa tu.
Kawasan/Ruang riadah dan kolam saya di tingkat 10
Kolam renang. Saya rasa kolam renang buka sampai pukul 11 malam kalau taksilap. Landskap cantik sebab masih baru and terjaga. Ada banyak pokok2 hijau. Ada kolam kanak-kanak juga ye. Sesiapa yang nak prgi gym pun ada. Tapi alatan gym tu tak banyak. Bolehlah dari takde.
Evo Soho Studio House ni sesuai untuk dijadikan tempat berehat + photoshoot. Yeap, ada tempat lain yang lagi cantik landskapnya, tapi not bad lah dekat sini.
Kesimpulannya saya sangat berpuas hati dengan kemudahan yang ditawarkan. Sesuailah dengan harga. Ada banyak pilihan so bebas nak duduk di rumah yang macam mana dengan harga yang macam mana. Rumah yang saya sewa ni tersangatlah bagus. Oh, btw ada fridge ye. Dalam fridge siap ada sos dengan kicap lagi. Memang takkan kecewa.

Short Staycation di The Banjaran Hotspring Retreats Ipoh I Garden Villa Staycation (PART 3)

Fitness centre . Masa saya pergi tak ada orang pun dan kawasan keliling fitness centre ni agak sunyi Yoga pavilion . Bersebelahan dengan ka...