Search This Blog

Sunday, 1 December 2019

Seoul Garden Again !

Ya, makan dekat Seoul Garden ni sometimes very addicted. Haritu, saya makan di Setia City Mall. Seoul Garden ni banyak sangat francais yang berdekatan dengan anda. Memang best makan steamboat and grill ni especially bila makan dengan family. Gambar-gambar yang saya share ni adalah arrangement food display yang lama. But the second time i pergi after that (dalam 2 weeks), susunan dah lain and totally different. Tapi malas pula nak tangkap gambar yang latest

Ni adalah bahagian makanan mentah yang berprotein. Ayam, daging, sotong, ikan, udang, kerang, mussels. Ayam, daging, sotong dan ikan dimarinate. Ada beberapa jenis marination. Dulu-dulu takde chicken wing.
 

Ini pula adalah bahan-bahan untuk steambot. Ada bebola, surimi isi ketam dan beberapa jenis yang lain.

Ada beberapa jenis sayuran yang perlu dimasak atau makan raw (salad). Ada terung, bayam, brokoli, capsicum, cendawan, tauhu lembut, tauhu padat, sawi, tomato and jagung. Ada kimchi juga ye.
Bahagian atas ada mee-mee. And bahagian bawah ada banyak jenis sos-sos. Pilih lah yang mana berkenan.
Makanan yang sedia dimakan. Sementara tunggu bahan steambot dengan grill dimasak, boleh lapik perut dengan nasi goreng mee goreng, ikan dori salut tepung, popia goreng dan jigae. Nasi putih pun ada ye.
Kalau tak salah, ni sejenis kimchi jugak kot. Tapi jenis lobak merah, tauge hijau dan timun. Kimchi yang saya biasa/suka makan  adalah yang dibuat daripada kobis panjang

Ada buah-buahan dan agar-agar sebagai pencuci mulut. Tapi agar-agar ni agak tawar rasanya.
Part aiskrim memang saya suka. Ada topping chocolate rice, peanut and breadcrumb. Breadcrumb tu memang saya suka. Bersudu-sudu saya akan tambah.

Pilihan air yang ada. Ada jugak air panas ye. Nak buat ABC pun boleh.

Tempat grill.  Satu meja tu ada 1 tempat grill and 2 tempat steambot. Ada pilihan kalau nak kuah lebih daripada 1 jenis. Tapi kena tambah bayaran lebih sikit.

Memang feeling-feeling lah makan kimchi dan sayur salad ni sambil letak daging bakar. Macam dalam cerita Korea.

Tempat steambot. Penuh bahan dalam ni. Saya pilih tomyam soup. Ada beberapa jenis soup/kuah yang lain. Nanti sebelum duduk, staf Seoul Garden akan tanya nak yang mana satu dekat kaunter pembayaran.
Chicken wing best sebab perapan dia sedap.
Makan di Seoul Garden tak pernah mengecewakan terutamanya bila dimakan bersama ahli keluarga. Sudah tentunya suasana lebih meriah. Makan Seoul Garden untuk makan malam lebih mahal berbanding makan tengahari namun pilihannya makanannya lebih banyak dan menarik. Tapi sebenarnya makan tengahari di Seoul Garden pun mencukupi.  

Short Staycation di The Banjaran Hotspring Retreats Ipoh I Garden Villa Staycation (PART 3)

Fitness centre . Masa saya pergi tak ada orang pun dan kawasan keliling fitness centre ni agak sunyi Yoga pavilion . Bersebelahan dengan ka...