Search This Blog

Wednesday, 24 October 2018

Review Yoshinoya Hanamaru Aeon Shah Alam menu


Makanan Jepun semakin diminati dan mendapat sambutan daripada rakyat Malaysia. Kini, pelbagai restoran  menjual dan menyajikan makanan Jepun. Malah, senang untuk dijumpai di shopping mall dan selalunya restoran - restoran ini sentiasa penuh dengan pelanggan. Saya akan berkongsi tentang beberapa nama makanan di restoran Yoshinoya Hanamaru berserta harganya.

 
Ontama Spicy Beef Yakiniku Bowl
Nasi bersama daging yang dicurahkan bersama sos pedas. Daging sangat lembut kerana potongannya yang nipis namun sedikit liat. 


Ontama Tori Katsu Set
Nasi yang dihidangkan dengan kepingan isi ayam yang telah digoreng tepung. Disertakan dengan ontama (telur rebus) yang cair dan coleslaw. Sos yang pekat disertakan untuk menghilangkan rasa muak.


Tori Dashi Udon
Udon yang disertakan bersama isi ayam dan telur rebus. Hirupan sup yang ringan sangat menyegarkan


Ontama Beef Bowl
Sama seperti ontama spicy beef yakiniku bowl. Namun, tiada disertakan sos pedas. Tekstur daging yang lembut dan liat dimasak  bersama bawang dengan sos kicap. Rasa tidak terlampau berat dan   kerana bahan masakan yang digunakan adalah tidak banyak dan ringkas.


Tempura
Terdapat beberapa jenis tempura yang dijual disini. Antaranya adalah cendawan, kepingan ayam, kepingan ikan, sayur, udang dan lain-lain. Harga tempura berbeza mengikut jenisnya. Anda hanya perlu memilih dan mengambil sendiri tempura ini.

 
Ini merupakan lauk sampingan yang boleh didapati secara percuma. Lauk sampingan yang disediakan terdiri daripada sos kicap, cili padi, lobak jeruk, tepung tempura dan wasabi sebagai tambahan rasa dalam makanan. Manakala untuk air pula, jika anda membeli air teh hijau di sini, anda hanya perlu membayar sekali sahaja dan boleh menambah seberapa banyak yang anda diinginkan. Air teh hijau yang mempunyai dua pilihan iaitu panas atau sejuk ini perlu diambil sendiri. 

Short Staycation di The Banjaran Hotspring Retreats Ipoh I Garden Villa Staycation (PART 3)

Fitness centre . Masa saya pergi tak ada orang pun dan kawasan keliling fitness centre ni agak sunyi Yoga pavilion . Bersebelahan dengan ka...