Harini saya akan berkongsi resepi bread butter pudding yang mudah dilakukan dan tidak rumit. Istimewanya, resepi ini tidak menggunakan roti putih biasa tetapi menggunakan roti butterscotch. Resepi ini didapati dari laman blog www.tiffinbiru.com dan telah diolah sedikit mengikut bahan yang sedia ada di rumah.
Bahan-bahan yang diperlukan:
15 keping roti butterscotch - Gardenia
3 cawan susu segar*
3 biji telur*
3 sudu besar gula*
3 sudu teh esen vanila*
3 sudu besar mentega-dicairkan*
2-3 cubit serbuk kayu manis*
Cara-cara:
1.Campurkan kesemua bahan yang bertanda *
2. Carikkan roti butterscotch kepada kepingan kecil. Untuk hasil yang lebih kemas, potong roti kepada bentuk empat segi yang lebih kecil dengan menggunakan pisau.
3. Sapukan loyang dengan mentega.
4. Letakkan roti yang telah dicarik atau dipotong di atas loyang. Kemudian, letakkan 1/2 daripada keseluruhan bahan * yang telah dicampurkan.
5. Biarkan selama 3 minit. Tekan roti supaya menjadi sedikit padat.
6. Letakkan baki campuran bahan *
7. Sedia untuk dibakar dengan suhu 180 selama 30minit. Masa membakar mungkin memerlukan lebih daripada 30minit jika bread butter pudding anda masih berair.
Untuk resepi ini, saya tidak membuat sos kastard. Pada saya, rasa bread butter pudding ini tidak terlalu manis dan sesuai dengan citarasa saya. Namun jika anda ingin menambah kemanisan, anda boleh membuat sos kastard atau menambahkan lagi bilangan sudu gula yang dimasukkan dalam campuran bahan *