Search This Blog

Tuesday 30 October 2018

Review Al Rawsha Restaurant Shah Alam menu

Al Rawsha mempunyai dua cawangan iaitu di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur dan Seksyen 7, Shah Alam. Al Rawsha menjual makanan Timur Tengah. 

Kawasan meletak kenderaan yang luas untuk pelanggan Al Rawsha. Pokok-pokok kurma mengelilingi kawasan pagar Al Rawsha membuatkan anda seperti berada di Timur Tengah.


Bangunan Al Rawsha yang unik dan tersergam indah. Jika tidak silap, bangunan ini mempunyai 2 tingkat. 

Pelbagai manisan yang dijual di Al Rawsha. Anda akan melihat manisan ini sebaik sahaja anda masuk ke dalam bangunan Al Rawsha. Ini merupakan strategi terbaik bagi menarik minat pelanggan untuk merasainya. Antara manisan yang dijual adalah milk pudding, custard, cream caramel, brownies dan kek seperti kek cheese, tiramisu, mousse dan lain-lain.    












Ruang makan yang luas dan sentiasa dipenuhi orang ramai. Dekorasi yang agak ringkas walaupun dinding dan siling mempunyai ukiran bercirikan Timur Tengah.




















Anda akan ditempatkan di meja mengikut bilangan ahli kumpulan anda (keluarga, rakan-rakan). Anda akan diberi menu sepertimana di kedai-kedai yang biasa anda pergi.

 
Lamb Madghut for 4 pax (RM70). Daging kambing yang tersangat lembut dan mudah terpisah dan dicabutkan dari tulang. Rempah yang digunakan dalam nasi dan daging kambing tidak terlalu kuat namun bau kambing tidak juga terlalu kuat dan boleh diterima. Kuah dan sambal diberikan kepada setiap seorang (mengikut pax dalam menu). Kuah dan sambal yang masam diberikan untuk mengelakkan rasa muak. Menariknya, Al Rawsha memberikan kuah dan sambal yang mencukupi. 

Hummus with lamb (RM16). Hummus dibuat daripada kacang kuda yang telah dilenyek dan dihidangkan bersama daging kambing dan minyak zaitun. Jika anda memesan menu ini, anda akan diberi sekeping roti yang sangat lembut dan ditabur dengan bijan hitam di atasnya. Roti ini digalakkan untuk dimakan semasa panas. Namun, roti ini masih lembut dan sedap walaupun telah sejuk. Sedikit hirisan lobak merah dan cili hijau turut dihidangkan.


Air yogurt mangga yang sangat pekat dan manis. Oleh itu, digalakkan untuk menambah sendiri air yogurt mangga ini dengan air biasa untuk mengurangkan manis. Rasa yang sangat menyegarkan. 1 jag sesuai untuk 4-5 orang.







Khashkash kebab (RM22). Menu ini menghidangkan 2 kepingan kebab bersama dengan kentang goreng, sayuran seperti lobak merah, yogurt, kepingan roti yang disapu dengan sos bawang putih. Rasa kepingan kebab agak kering dan kurang juicy. 


Wednesday 24 October 2018

Review Yoshinoya Hanamaru Aeon Shah Alam menu


Makanan Jepun semakin diminati dan mendapat sambutan daripada rakyat Malaysia. Kini, pelbagai restoran  menjual dan menyajikan makanan Jepun. Malah, senang untuk dijumpai di shopping mall dan selalunya restoran - restoran ini sentiasa penuh dengan pelanggan. Saya akan berkongsi tentang beberapa nama makanan di restoran Yoshinoya Hanamaru berserta harganya.

 
Ontama Spicy Beef Yakiniku Bowl
Nasi bersama daging yang dicurahkan bersama sos pedas. Daging sangat lembut kerana potongannya yang nipis namun sedikit liat. 


Ontama Tori Katsu Set
Nasi yang dihidangkan dengan kepingan isi ayam yang telah digoreng tepung. Disertakan dengan ontama (telur rebus) yang cair dan coleslaw. Sos yang pekat disertakan untuk menghilangkan rasa muak.


Tori Dashi Udon
Udon yang disertakan bersama isi ayam dan telur rebus. Hirupan sup yang ringan sangat menyegarkan


Ontama Beef Bowl
Sama seperti ontama spicy beef yakiniku bowl. Namun, tiada disertakan sos pedas. Tekstur daging yang lembut dan liat dimasak  bersama bawang dengan sos kicap. Rasa tidak terlampau berat dan   kerana bahan masakan yang digunakan adalah tidak banyak dan ringkas.


Tempura
Terdapat beberapa jenis tempura yang dijual disini. Antaranya adalah cendawan, kepingan ayam, kepingan ikan, sayur, udang dan lain-lain. Harga tempura berbeza mengikut jenisnya. Anda hanya perlu memilih dan mengambil sendiri tempura ini.

 
Ini merupakan lauk sampingan yang boleh didapati secara percuma. Lauk sampingan yang disediakan terdiri daripada sos kicap, cili padi, lobak jeruk, tepung tempura dan wasabi sebagai tambahan rasa dalam makanan. Manakala untuk air pula, jika anda membeli air teh hijau di sini, anda hanya perlu membayar sekali sahaja dan boleh menambah seberapa banyak yang anda diinginkan. Air teh hijau yang mempunyai dua pilihan iaitu panas atau sejuk ini perlu diambil sendiri. 

Monday 22 October 2018

Bread Butter Pudding resepi mudah dan cepat

Harini saya akan berkongsi resepi  bread butter pudding yang mudah dilakukan dan tidak rumit. Istimewanya, resepi ini tidak menggunakan roti putih biasa tetapi menggunakan roti butterscotch. Resepi ini didapati dari laman blog www.tiffinbiru.com dan telah diolah sedikit mengikut bahan yang sedia ada di rumah.

Bahan-bahan yang diperlukan:
15 keping roti butterscotch - Gardenia
3 cawan susu segar*
3 biji telur*
3 sudu besar gula*
3 sudu teh esen vanila*
3 sudu besar mentega-dicairkan*
2-3 cubit serbuk kayu manis*

Cara-cara:
1.Campurkan kesemua bahan yang bertanda *
2. Carikkan roti butterscotch kepada kepingan kecil. Untuk hasil yang lebih kemas, potong roti kepada bentuk empat segi yang lebih kecil dengan menggunakan pisau.
3. Sapukan loyang dengan mentega.
4. Letakkan roti yang telah dicarik atau dipotong di atas loyang. Kemudian, letakkan 1/2 daripada keseluruhan bahan * yang telah dicampurkan.
5. Biarkan selama 3 minit. Tekan roti supaya menjadi sedikit padat.
6. Letakkan baki campuran bahan *  
7. Sedia untuk dibakar dengan suhu 180 selama 30minit. Masa membakar mungkin memerlukan lebih daripada 30minit jika bread butter pudding anda masih berair. 


Untuk resepi ini, saya tidak membuat sos kastard. Pada saya, rasa bread butter pudding ini tidak terlalu manis dan sesuai dengan citarasa saya. Namun jika anda ingin menambah kemanisan, anda boleh membuat sos kastard atau menambahkan lagi bilangan sudu gula yang dimasukkan dalam campuran bahan *  




Thursday 11 October 2018

Review Tomahawk at Kay's Steak and Lobster Putra Height

Kay's Restoran yang terletak di Putra Height. Dekorasi dalam dan luar kedai menarik, kemas dan eksklusif.

 

Antara menu makanan yang dipilih:
i)  Kay's Sampler Platter  - RM43.00
Ada BBQ chicken wing, fried mozarella sticks dan loaded potato skins.
Loaded potato skin agak muak sebab rasa oily. Jadu sos dan bbq chicken wing sangat memainkan peranan untuk hilangkan rasa muak tersebut. Fried mozarella stick agak masin.


ii) Spagetti creamy carbonara - RM20
With homemade sauce carbonara, sliced  grilled chicken and chicken bacon.

 

iii) Aglio Olio - RM16
Spagetti with chilli, garlic, fresh parsley and extra virgin oil.
Okay yang ini tiada seafood/meat. Tapi boleh add-on seafood (mussels and prawn- Rm12), slice beef (RM10), sliced grilled chicken (RM6)



iv) Tomahawk - RM250/kg
Ini adalah 1kg. Ada thyme and lemon untuk rasa dan elakkan muak. Boleh pilih how you want your tomahawk to be grill - medium rare, well done etc. Dihidangkan dengan kentang goreng, salad, jagung. Btw, sos pun boleh pilih juga. Pilihan saya adalah blackpepper dan sos cendawan. Terdapat juga sos bbq. Rasa sos cendawan agak creamy. Rempah ( seasoning ) tomahawk tidak mengubah rasa tomahawak sepenuhnya. Tomahawk mengambil masa 45 minit penyediaan.

 

Terdapat pelbagai pilihan makanan yang lain
1. Soup - mushroom soup (RM8), baked onion soup (RM12), lobster bisque (RM18)
Can add on garlic bread, mashed potato, coleslaw, salad, fries, corn on cob
2. Grain-feed steak - tomahawak terletak kategori ini. Ada rump, sirloin, rib eye, tenderloin, wagyu, t-bone. Jika tidak pasti steak yang ingin dipilih, ada guideline pada menu
3. Boston bites - lobster garlic butter,classic lobster roll
4. Sizzling hot plate - Australian beef, Australian lamb, grilled chicken chop
5. Mains - chicken chop, wagyu beef ribs, Norwegian salmon (RM43), Kay's cheeseburger (RM26)
Can add on caramelized onion, sautee mushroom, extra cheese, sunny side up
6. Pasta - bolognese (RM18), carbonara, aglio olio
7. Little Kay - chicken nugget (RM9), fish and chip
8. Beverage, Shaken tea, Bartender's favourite, Milshakes, Pops, Freshly squeezed juice, Soda, Desserts  
    

Short Staycation di The Banjaran Hotspring Retreats Ipoh I Garden Villa Staycation (PART 3)

Fitness centre . Masa saya pergi tak ada orang pun dan kawasan keliling fitness centre ni agak sunyi Yoga pavilion . Bersebelahan dengan ka...