|
Fitness centre. Masa saya pergi tak ada orang pun dan kawasan keliling fitness centre ni agak sunyi
|
|
Yoga pavilion. Bersebelahan dengan kawasan spa
|
|
Complimentary 15 minutes antioxidant therapy di Spa & Wellness Centre. Lantai ni panasnya suam-suam ye. Baring secara melentang. Biarkan belakang badan kena lantai tu, panas tapi menyegarkan sendi dan urat. Rasa hilang lenguh-lenguh. Tapi boleh je mengiring ke kiri kanan. Cumanya dalam bilik ni bahang dan berkuap. Macam susah nak bernafas tapi okay je. Just relax, rest and enjoy yourself
|
|
Evening Cocktail. Ada di area Crystal Cave. Kadang-kadang evening cocktail ni dibuat di Open Deck. Evening cocktail ni bukan ada setiap hari ye. Cuma ada pada hari sabtu. Atau weekend (sabtu ahad). Tapi saya rasa ada hari sabtu je.
|
|
Simple je menu : salad, roasted chicken slice, juice |
|
Pintu masuk Jeff's Cellar. Jeff's Cellar dibuka pukul 6petang-11malam |
|
Nampak unik dan classy. Rasa macam dalam movie
|
|
Gua batu kapur yang berusia 260 juta tahun. Best part dekat sini adalah makan secara fine dining dalam gua semulajadi. Ssaya tak makan dalam ni, sebab agak pricey. Jangan risau ye, boleh je masuk dalam Jeff's Cellar walaupun tak makan dekat sini. Boleh tengok-tengok interior dan tangkap gmbar. Saya sarankan pergi bila baru bukak sebab masa ni tak ramai lagi guest datang untuk makan.
|
|
Salah satu meja for fine dining. Lampu agak minimal, so suasana nampak romantik lah
|
|
Idea and concept restoran/bar dalam gua
|
|
Boleh tengok betapa cantiknya interior gua ni. Ciptaan gua batu kapur yang tersangat unik. Nikmat tengok dengan mata sebenar lagi berganda-ganda cantik
| Interior memang terbaik. Terpegun bila masuk sebab tak percaya ada restoran for fine dining dalam gua. Just like normal restaurant tapi berganda-ganda cantiknya
|
|
|
Boleh dining di Open Deck with reservation and fees. | Skybar.
|
|
|
Best port untuk tengok pemandangan panorama keseluruhan hotspring
|
|
Tangga untuk ke skybar
|
|
Salah satu bahagian SkyBar
|
|
Lepas tu, kami dinner di Pomelo. Ini adalah Duck Egg Char Kuew Teow. Tapi bukan jenis yang berkuah macam yang biasa kita makan ye. Ni lebih kepada kuew teow goreng
|
|
Tandoori Spring Chicken, ayam agak kering, by the way, ayam tandoori ni tak ada nasi ye cumanya ada kentang goreng. Tapi portion ayam agak besar. Kalau juicy best sikit. Ikutkan dalam description menu ada mint yogurt tapi takde pulak masa saya dapat ni. Saya ada juga order spicy chicken burger sebagai menu utama. Saiz burger pun agak besar ye dan dihidangkan bersama kentang juga.
|
|
Lemongrass and Ginger Creme Brulee. Sedap and dihidangkan dengan berries and caramelized brown sugar. Ada biscotti kacang juga.
|
|
Nam Tok. Ini adalah sejenis makanan Thai iaitu salad bersama daging. Sedap dan recommended. Tapi agak kuat juga masamnya tu tapi sedap je sebenarnya. Kombinasi bawang, daun ketumbar, daun pudina memang menaikkan selera. Kalau makan dengan makanan berkarbohidrat macam nasi memang thumbs up
|
|
Selepas makan, kami berjalan ke villa kami memandangkan kami kekenyangan dan cuaca baik iaitu tak hujan. Tidak seperti malam sebelumnya. Bestnya villa kami consider tak terlalu dekat dan tak terlalu jauh. Pendek kata, villa kami ni agak dekat juga sebenarnya.
|
|
Compliment daripada The Banjaran untuk malam kedua. Three packs of cookies in a box with quote
|
|
Keesokannya, kami bangun awal untuk mandi memandangkan kami akan check out pada pukul 12 tengahari nanti.
|
|
Tempat duduk best untuk lepak.
|
|
Hari ke-3 ni kami decide untuk merasai pengalaman untuk makan di villa memandangkan kami dah makan di restoran semalam. Lagipun, menjimatkan masa lebih-lebih lagi kami dah nak check out. Just call and sebutkan makanan yang ingin dipesan. Dan staf kitchen akan hantar terus ke villa. Very hygienic, sebab diwrap
|
|
First of all, susun pinggan cantik-cantik dan tangkap gambar dulu. hehe
|
|
Breakfast with view. Patutnya nak makan dekat luar bilik, tapi takut tetiba diganggu oleh monyet ketika menikmati makanan. Walaupun ada harimau yang mampu menakutkan mereka, kami ambil langkah selamat untuk makan dalam bilik.
|
|
Steak and eggs. Telur mata dengan stik yang bersaiz kecil dan dihidangkan dengan kentang, tomato
|
|
Eggs Benedict. Dua biji telur poach diletakkan diatas roti (sour dough bread) bersama smoked salmon with homemade hollandise sauce. This dish quite popular among The Banjaran guest
|
|
Scramble Egg Classic Big Breakfast. Dihidangkan bersama sosej ayam, tomato, kentang dan cendawan
|
|
Turkey Ham Fried Rice. Semalam pun ada order nasi goreng ni
|
|
Pastry basket - croissant and danish
|
|
Wok flat noodle
|
|
Muesli - yogurt, banana slices, dried raisin, milk and rolled oat
|
|
Toast - roti putih bakar dihidangkan bersama mentega, kaya dan jem
|
|
Bagel, my sister favourite. So, repeat order. |
Lepas breakfast, kami sambung mengemas, berehat dan berenang sebelum check out. Bila nak check out, just call buggy. Staf The Banjaran offer untuk hantar terus luggage ke kereta. Lepas tu kami berjalan ke kaunter di lobi untuk proses check out. Dapat satu beg yang mengandungi souvenier mini labu sayong yang berukir The Banjaran untuk dijadikan kenangan.
Overall, we are so happy and we will definitely come here again! Very glad and thankful with the free upgrades to Garden Villa from Water Villa. The panorama are so stunning and mesmerizing. Subhanallah. All staff are so friendly and ready to help you. Very recommended place for short staycation or even honeymoon. Hope that The Banjaran will offer best deals and promotion in future.
Ini adalah review jujur daripada saya melalui pengalaman sendiri. So, please add this place to your bucket list! Hope that all the information I have shared will be useful